Badan segar semula bila kunjungi masjid ada bekas tapak kaki Nabi
KUNJUNGAN ke Masjid Al-Karimiyah di Halab atau Allipo, Syria, membuat para anggota rombongan yang kelihatan lesu dan kurang bermaya akibat lebih seminggu naik turun bas dan membetis, segar bugar semula.
Ini selepas mereka diberitahu bahawa di masjid yang terletak di antara jalan yang sempit dengan deretan kedai kecil di kiri dan kanan itu terdapat bekas tapak kaki Nabi Muhammad saw.
Bekas tapak itu juga mempunyai cerita yang menarik.
Nama Masjid Al-Karimiyah itu adalah sempena nama seorang ulama, Syeikh Abdul Karim Bin Abdul Aziz Bin Abdullah.
Beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hanafi yang meninggal dunia pada 855 Hijrah.
Menurut sejarah, masjid itu asalnya adalah sebuah madrasah dan kemudian dibangunkan sebuah masjid.
Di masjid itulah Syeikh Abdul Karim mengalami satu peristiwa aneh.
Kisah bermula daripada mimpi beliau.
Dalam mimpinya itu, beliau mendengar suara-suara binatang tunggangan seperti kuda, unta dan keldai, yang berkeliaran di hadapan pintu masjid tersebut.
Binatang-binatang itu kelihatan mengelilingi tapak kaki Rasulullah saw seolaholah Baginda singgah di situ.
Apabila sedar daripada tidurnya, Syeikh Abdul Karim mendapati setiap yang berlaku dalam mimpinya itu memang benar.
Beliau sendiri melihat dan mendengar binatang-binatang tunggangan itu mengelilingi sesuatu dan alangkah terkejutnya beliau apabila menemui tapak kaki seperti dalam mimpi beliau, di depan masjid tersebut.
Bekas tapak kaki itu kini dipamerkan di dinding dan terdapat saluran air yang mengalirkan air bersih melalui bekas tapak kaki berkenaan.
Air tersebut dijadikan air minum dan 'oleh-oleh' atau berkat oleh para pengunjung.
Di Syria atau di bumi anbia itu juga menempatkan banyak makam tokoh-tokoh terkemuka Islam. Antaranya ialah Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf alNawawi atau lebih dikenali sebagai Imam Nawawi.
Imam Nawawi, yang sering dikaitkan sebagai tokoh yang bertanggungjawab mengumpul hadis 40, menghabiskan hampir seluruh hidupnya selama 45 tahun dengan belajar dan mengkaji Al-Quran dan Sunah.
Makamnya terletak di Nawa, tempat kelahirannya sekitar 72 kilometer dari Damsyik.
'Bukan senang nak dapat air penuh berkat ini!' kata salah seorang anggota rombongan yang beratur dengan botol kosong di tangannya.
Assalamualaikum, cerita dalam Islam yang ada sangkut paut dengan agama haruslah ada nash dan dalil untuk menimbangkan kebenaran cerita yang di sampaikan.
ReplyDeleteIni adalah cerita yang tak boleh di ambil kesahihannya kerana tiada sandaran yang mantap.
Kalau kita inigin kerberkahan hidul berbanyak lah beribadah seperti apa yang telah di tujuki Nabi Muhammad saw, bukan dengan cerita cerita mistik seperti ini.
Jazakallahu Khair wa Barakallhu Feek