Monday, February 28, 2011
Monday, January 31, 2011
Thursday, January 20, 2011
Fadhilat Hari Jumaat
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
* ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”
* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
*
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
*
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.
*
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
*
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
*
Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini...
Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. insyaAallah
Saturday, January 15, 2011
MEKAH MEMBANGUN
14 Jan 2011 Makkah seperti Las Vegas? Pembinaan bangunan-bangunan komersial menimbulkan rasa kurang senang Ketika jutaan bakal jemaah di seluruh dunia sedang dalam perjalanan menuju ke tanah suci kota Makkah, 820 bakal jemaah haji Singapura yang sudah hampir setahun membuat persiapan untuk ke sana, terpaksa memendamkan dulu niat mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah haji tahun ini. September lalu, apabila tersiar laporan berita kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota bagi jemaah haji Singapura kepada 2,180 jemaah sahaja, mereka yang terjejas begitu terkejut, sedih dan hampa. Namun, berita sedih ini bukan melibatkan jemaah Singapura saja, malah menurut laporan akhbar Berita Harian, ia juga menjejas bakal jemaah dari seluruh dunia. Ini disebabkan kerja-kerja pembangunan prasarana yang rancak dijalankan di Makkah ketika ini. Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji akan dimulakan Disember ini sebaik musim haji berakhir. Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah. Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop. Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam. Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang. Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah. HARGA PEMBANGUNAN Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, ditukil sebagai berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen." Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram? Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton. Ia satu perkara yang aneh, katanya. Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya. PERUBAHAN DRAMATIK "Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi. "Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan. Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya. Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara. Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan. Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik. Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang,†kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)." |
Friday, January 14, 2011
Tuesday, January 11, 2011
MISTERI DLM KAABAH
Biar hanya lapan minit berada dalam Kaabah tapi pengalamannya cukup mengharukan.
Tiap hati umat Islam yang menunaikan fardu haji akan terusik apabila melihat Kaabah buat kali pertama. Hati yang bagaimana kuat sekalipun akan menjadi lemah apabila 'Rumah Allah' itu dipandang. Kerap, tanpa disedari, hati menjadi amat terharu dan dengan tiba-tiba air mata membasahi pipi.
Tetapi bagaimana pula agaknya perasaan kita apabila berada di dalam Kaabah? Ya, bukan dekat Kaabah, tetapi di dalam Kaabah sendiri!
Saya dan tiga rakan lain dari Singapura - Ahmad Mohd Don, Hussein Jahidin dan Sulaiman Jeem – mendapat peluang memasuki Kaabah semasa kami berada di Tanah Suci, Makkah, kerana menunaikan haji pada 8 September 1983. Kami dan rakan-rakan wartawan lain dari negara-negara Islam di seluruh dunia yang berjumlah kira-kira 150 orang, berada di tanah suci atas undangan kerajaan Arab Saudi. Kami tidak diberitahu terlebih dulu tentang rancangan untuk menyaksikan upacara mencuci Kaabah.
Pagi itu, saya sendiri sedang bersiap-siap untuk bersiar-siar di sekitar Makkah setelah bersarapan, apabila diberitahu supaya jangan meninggalkan hotel. Setelah semua wartawan berkumpul, barulah kami mendapat tahu bahawa kami akan berpeluang melihat acara mencuci Kaabah.
Kami berjalan masuk mengikut pintu besar Masjidil Haram yang bernama Abdulaziz yang telah pun dikawal ketat oleh askar Saudi. Dari jauh Kaabah kelihatan 'sendirian'. Tidak ada seorang pun yang melakukan tawaf. Suasana begitu hening. Kira-kira 20 meter dari Kaabah, kelihatan askar Saudi yang berdiri rapat-rapat, membentuk satu bulatan mengelilingi Kaabah, untuk menghalang orang ramai daripada mendekati 'Rumah Allah' itu.
Melihat Kaabah yang begitu 'lengang' para undangan, termasuk kumpulan kami, para wartawan, mengambil peluang untuk bergambar dengan Kaabah. Kami juga dibenarkan bertawaf dan berkesempatan untuk mencium batu hitam, Hajar Aswad, dengan sepuas-puasnya. Malah, kami juga dapat bergambar di sebelah Hajar Aswad.
Kami juga dibenarkan bertawaf dan berkesempatan untuk mencium batu hitam, Hajar Aswad, dengan sepuas-puasnya. Malah, kami juga dapat bergambar di sebelah Hajar Aswad…"
Ketika itu panas belum begitu terik kerana jam baru menunjukkan kira-kira 8.30 pagi. Sewaktu para undangan sibuk mencium Hajar Aswad secara bergilir-gilir, beberapa orang pekerja kelihatan menolak sebuah tangga, dan membawanya ke pintu Kaabah. Seorang pegawai kemudian naik tangga itu, menyingkap kain yang menutupi pintu Kaabah, dan kelihatanlah pintu yang berwarna kuning keemas-emasan itu.
Pintu itu kemudian dibuka dan serentak dengan itu, ribuan jemaah yang melihat peristiwa itu dari jauh, bersuara: "Ha!" Terdengar juga, dari jauh, suara orang yang memekik: "Allahu Akbar." Di saat itu pulalah Gabenor Makkah, yang akan memimpin upacara mencuci Kaabah itu, tiba. Beliau melakukan tawaf dan kemudian naik tangga dan masuk ke dalam Kaabah. Beberapa minit kemudian beliau turun Kini tiba pula giliran para undangan untuk masuk ke dalam Kaabah!
Keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika. Suruhan beratur tidak dipedulikan. Tiap orang kelihatan tidak lagi sabar untuk melihat bahagian dalam 'Rumah Allah' itu. Akhirnya tibalah giliran saya untuk naik. Sebaik saja kaki saya memijak anak tangga pertama, fikiran saya segera teringat kepada perbualan dengan seorang ustaz pada hari sebelumnya. Kebetulan kami bercakap tentang Kaabah. Ustaz itu berperi-peri berpesan kepada saya dan rakan-rakan yang lain supaya jangan sekali-kali mendongak ke atas apabila berada dalam Kaabah. Beliau tidak memberikan sebab-sebab tertentu. Tetapi itu sajalah pesanannya.
Bagaimanapun, sebaik-baik saja kaki saya melangkah masuk ke dalam Kaabah, perkara pertama yang saya lakukan ialah mendongak ke atas untuk melihat 'apakah yang ada di atas' Kaabah itu.
Saya tidak nampak apa-apa kecuali hitam pekat. Bumbung Kaabah kelihatan keras. Ada kemungkinan kehitaman bumbung itu disebabkan cat hitam. Ada kemungkinan juga ia adalah sebahagian daripada kain Kaabah. Keadaan dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya daripada pintu Kaabah yang terbuka.
Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak. Beberapa orang pekerja kelihatan sedang mengelap lantai itu. Beberapa orang yang lain pula, mengelap dindingnya.
Hampir di tiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan sedang menunaikan sembahyang sunnat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Tidak ada ruang yang tinggal untuk membolehkan saya bersembahyang. Jadi, kesempatan itu saya gunakan untuk terus meneliti keadaan dalam Kaabah itu. Lantai Kaabah dibuat daripada mar-mar putih. Begitu juga dindingnya. Bagaimanapun, pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah yang diperbuat dari batu mar-mar. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci.
Terdapat juga para-para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga. Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah.
Kemudian, tibalah giliran untuk saya menunaikan sembahyang. Perasaan yang begitu terharu membuat saya 'terlupa' diri. Tidak teringat oleh saya bahawa lantai yang saya pijak itu sedang lecak oleh air mawar dan akan membasahi hampir seluruh pakaian saya.
Selesai bersembahyang, pegawai yang bertugas cepat-cepat memerintahkan saya supaya turun, kerana ramai undangan lain yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam Kaabah itu. Perintah itu saya turut dengan rasa puas bersama kenangan abadi walaupun tempoh saya berada dalam Kaabah itu hanya kira-kira lapan minit.
"SEBAIK SAJA KAKI SAYA MEMIJAK ANAK TANGGA PERTAMA, FIKIRAN SAYA SEGERA TERINGAT KEPADA PERBUALAN DENGAN SEORANG USTAZ... USTAZ ITU BERPERI-PERI BERPESAN KEPADA SAYA DAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN SUPAYA JANGAN SEKALI-KALI MENDONGAK KE ATAS APABILA BERADA DALAM KAABAH. BELIAU TIDAK MEMBERIKAN SEBAB-SEBAB TERTENTU. TETAPI ITU SAJALAH PESANANNYA..."
Monday, January 10, 2011
DAFTAR BOOKING HAJI
(2) Rombongan KT Hujung : Berlepas pada 26.10.2011 dan pulang pada 6.12.2011 (ke Mekah dahulu).
IBADAH HAJI
HAJI
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Seseorang yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji mestilah membuat persiapan-persiapan penting ke arahnya. Ini termasuk menabung wang sehingga mencukupi, menjaga kesihatan badan, membaca dan menghadiri kursus-kursus berkenaan ibadat Haji dan memilih pembimbing dan rombongan yang sebaiknya yang dapat memimpin bersama-samanya menjalani ibadah yang besar dan panjang ini ke arah mendapat Haji yang Mabrur.