Saturday, November 20, 2010

SERUAN HAJI ANDA

ANDA BAKAL HAJI… ?

Labbaikallah humma labaik, labaik la syarika laka labaik , innal hamda wannikmata laka wal mulk la syarika lak

Lafaz talbiah telah berkumandang ,sayu rasa hati kerana pada tahun ini bukan kita yang menjadi tetamu Allah,niat telah dipasang bertahun tahun lama nya tetapi belum ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi baroqah Makkatul Mukarramah.Walaubagaimana pun usaha tetap diteruskan sedaya upaya semampu mungkin untuk melaksanakan niat suci tersebut.Maka itu bakalhaji.com dilancarkan khusus untuk membantu anda menyediaka sumber kewangan hasil win-win situation,anda turut memasarkan dvd kursus haji dan kami membayar anda komisen yang membolehkan anda mampu menunaikan haji melalui pakej swasta,lnsyaAllah


KETERANGAN
Dengan membeli produk kami yang sangat bermanfaat,anda juga boleh menjana pendapatan sampingan kerana pihak syarikat memberi peluang kepada mereka yang Promosikan atau Jual produk kami kepada orang lain
LEVEL RANGKAIAN KOMISYEN JUMLAH KOMSIYEN

JUMLAH : 88,575




Matrix 3 x 9

Menghasilkan RM88,575.00

Randomizer

Untuk pengunjung tanpa sponsor,sistem secara automatik akan menjadikan ahli berbayar sebagai sponsor, ini memberi kesempatan bagi anda mendapatkan downline

Spillover

Peluang mendapat downline sekiranya upline anda mendapat lebihan ahli iaitu ahli yang ke 4, sistem akan menyusun ahli tersebut automatik ke bawah, setiap ahli hanya boleh mempunyai 3 orang di level 1 - BANTU MEMBANTU -.

Friday, November 19, 2010

Partner Subscriber

Mekah dilanda banjir

Mekah dilanda banjir


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.


MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu

Jemaah haji Malaysia perlu reda

MAKKAH: Jemaah haji Malaysia perlu reda dengan sebarang ujian atau masalah yang dialami ketika menunaikan fardu haji di Tanah Suci Makkah dan jika ada kelemahan pihak berkuasa, ia tidak wajar dimanipulasi.

Mereka wajar menjadikan setiap kesusahan itu sebagai ukuran ketakwaan dan bagi mengenali diri sendiri selain mensyukuri nikmat Allah.


Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Lembaga Tabung Haji sudah menyediakan segala keperluan untuk jemaah sebaik mungkin supaya mereka selesa menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Ketertiban jemaah Malaysia mendapat pujian pihak Muassasah dan kerajaan Arab Saudi yang menganggap Tabung Haji adalah contoh pengurusan yang mengutamakan kebajikan jemaah dan wajar dicontohi negara Islam lain.


“Mereka perlu bersabar kerana setiap ujian itu ada ganjarannya dan untuk mendapat haji yang mabrur, jemaah hendaklah reda dengan setiap dugaan,” katanya kepada pasukan media Tabung Haji. Sementara itu, seorang jemaah, Nik Ismail Wan Hamid, 67, dari Seri Kembangan, Selangor, berkata untuk memenuhi tuntutan mendekatkan diri kepada Allah setiap jemaah hendaklah reda dengan apa yang menimpa mereka ketika di Tanah Suci.


“Jemaah perlu menyiapkan diri dengan mengikuti kursus dan belajar perkara penting supaya dapat mencapai tahap ibadat apabila datang mengerjakan haji,” kata pesara Majlis Amanah Rakyat (Mara

Nik Ismail yang ditemui sekembalinya dari Mina selepas selesai melontar di Jamrah pagi ini berkata, beliau reda dengan segala masalah atau kekurangan pihak pengurusan atau Muassasah semasa di Arafah dan Mina.


Hujan sederhana lebat turun di Makkah dan Mina petang semalam ketika sebahagian besar daripada kira-kira 2.7 juta termasuk 26,000 jemaah Malaysia masih mengerjakan perkara wajib haji iaitu melontar di Jamrah. — Bernama

Tuesday, November 16, 2010

MENUJU HAJI MABRUR

Tanggal : 08/11/2010 21:01
BERITA DI SINAR HARIAN 8/11/10

PELUANG JAMAAH TUNAI HAJI - BEGITULAH TAJUK BERITA DI AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI DI MUKA SURAT S19 SILA DAPATKAN BERITA PELANCARAN http://www.bakalhaji.com

Kos haji mungkin naik tahun depan

SEPANG 10 Nov. - Kerajaan tidak menolak kemungkinan kos mengerjakan haji akan meningkat tahun depan ekoran kepesatan pembangunan di Tanah Suci Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagaimanapun kerajaan akan memastikan penelitian mendalam terhadap perkara tersebut dilakukan termasuk mengikuti perkembangan yang berlaku di sana.

Menurutnya, perkembangan terkini di Tanah Suci menunjukkan berlakunya peningkatan perbelanjaan terutama dalam kos pengangkutan, makanan dan kadar sewa hotel.

Orang awam digesa daftar haji atau perlu tunggu 20 tahun

Berbasikal Tunai Haji - Anda bagaimana?

Salam Perantauan
LUAR NEGARA
Berbasikal tunai haji

IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi

JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.

Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.

Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.

Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.

Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.

Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.

''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI
tak perlu sampai berbasikal nak pergi haji sila daftar di bakalhaji.com sekarang untuk mencapai niat anda,lnsyaAllah

Sunday, November 14, 2010

IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH

KAABAH: Setiap jemaah berpeluang dan dengan cukup selesa bersolat betul-betul di depan Kaabah beberapa zaman yang lampau, walaupun ruang solat ketika itu belum ada jubin marmar dan belum dibentangkan permaidani seperti sekarang.
Mudah cetak
E-mel

14 Nov 2010

ISTIMEWA

IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH

Jemaah yang suci hatinya dapat bantuan dan sambutan sepanjang berada di Tanah Suci

BANYAK kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah swt bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya.

Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak-tanduk para bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mamurnah mereka yang masili liar dan tidak dibendung atau dikawal itu.

Berikut adalah kisah seorang jemaah haji yang dimudahkan perjalanan hajinya dan diistimewakan di kalangan jemaah-jemaah haji yang lain di Tanah Suci hanya kerana keikhlasannya mengerjakan ibadah terhadap sang Khalik.

Ceritanya benar-benar berlaku, cuma nama orang itu telah diubah kepada 'Zakaria', 65 tahun, dan isterinya, 63 tahun, pula kepada 'Salmah'.

Mereka adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardu dan kewajipan-kewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka tidaklah tinggi ilmu agamanya. Pasangan tersebut bukan juga orang senang. Wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup harian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardu haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke sana.

Ketika rakan sekerjanya, Haji Hamdan, menyuruhnya menunaikan rukun Islam kelima, Encik Zakaria hanya tersenyum.

Pertama, beliau berasa ibadahnya belum sebaik mana lagi, jauh sekali dibandingkan dengan Haji Hamdan. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang.

'Engkau masih tak cukup duit, ya Zek?' Tanya Haji Hamdan.

'Biasalah Ji. Aku bukan orang senang.' Balas Encik Zakaria.

'Nah! Baca ini...' Tingkah Haji Hamdan sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab.

SELAWAT NABI

Melihat Encik Zakaria tersipu-sipu, Haji Hamdan menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan rumi. Barulah kawannya itu mengerti bahawa yang tercatat pada kertas tersebut adalah selawat Nabi.

'Betulkah ini, Ji?'

'Engkau baca dan amalkanlah dulu!' Haji Hamdan membalas ringkas.

Semenjak saat itu, Encik Zakaria sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardu. Berkat nasihat kawannya itu juga, beliau mula mengamalkan solat malam (tahajud).

Menurut Haji Hamdan, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran, Encik Zakaria mendirikan solat malam dan memohon agar Allah swt mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji.

DOA TERKABUL AKHIRNYA

Alhamdulillah, dua tahun kemudian, doa Encik Zakaria termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, beliau berupaya membawa sama isterinya, Cik Salmah, menunaikan fardu haji di Makkah. Disebabkan mereka mengerjakan Haji Tamattuk, pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah.

Di Madinah, Encik Zakaria didatangi oleh seorang lelaki Arab berumur antara 30 hingga 35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Encik Zakaria kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali.

'Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Zakaria dari ...?' tanya lelaki tersebut.

'Haji? Aku 'kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil aku Haji? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya.' Fikir Encik Zakaria.

'Sayalah Zakaria. Maaf, awak ni siapa?'

'Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa tuan haji dengan keretanya, ke mana sahaja tuan haji mahu pergi, sepanjang masa tuan haji di Tanah Suci ini,' jelas Umar kepada Encik Zakaria.

Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur-baur dalam hati Encik Zakaria. Gembira kerana beliau diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang mengerjakan haji di Makkah. Tidak sedap hati kerana beliau tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya. Mungkinkah Umar tersilap orang?

Di samping itu, jika benar beliau orangnya, beliau tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya dan isteri. Apabila beliau menyuarakan kegusaran hatinya kepada lelaki tersebut, Umar tersenyum dan menjawab:

'Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu Allah dalam kumpulan jemaah tuan haji, dan tuan haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka.'

BANTUAN SEPANJANG MASA Subhanallah! Encik Zakaria begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'Haji Ali' dan Umar di atas bantuan sepanjang masa beliau dan rombongannya berada di Makkah.

Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Encik Zakaria tidak menyuruhnya pergi. Soal minyak benzin dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Encik Zakaria dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat.

'Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di tanah air, aku tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan aku, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Makkah, aku diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak aku kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula!' Encik Zakaria memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Encik Zakaria banyak diberi kemudahan oleh Allah swt. Sewaktu melakukan tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah, mencium Hajar al-Aswad, dan mendirikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian daripada perjalanan ibadah haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

Di situ, umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasak-asak sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja.

Bagaimanapun, Encik Zakaria diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut.

Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-Aswad) yang suci itu, Encik Zakaria berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah kerana beliau yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini.

'Ya Allah, aku ingin mengucup Hajar al-Aswad. Berikanlah jalan kemudahan kepadaku...' Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang.

Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Encik Zakaria menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk.

MUDAH KUCUP HAJAR AL-ASWAD

Saat itu, beliau merasakan beliau diberi kekuatan pada kedua-dua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian, beliau sudah berada di hadapan Hajar al-Aswad. Encik Zakaria mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya.

Sewaktu melakukan lontaran jamrah, jemaah-jemaah lain seolah-olah memberikan ruang kepada Encik Zakaria untuk melontarkan batu dan lontarannya pula tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuan-Nya.

Encik Zakaria juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga daripada para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka.

Sesungguhnya hati Encik Zakaria yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hamba-Nya. -- Oleh SUE.